Thursday 20 August 2009

Tarikh puasa dan raya di seluruh dunia berbeza-beza

Waktu di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari Jordan? Mengapa puasa dan hari raya, Jordan selalunya mendahului Malaysia?

Jika seseorang melihat anak bulan ramadhan di Negara Jordan, adakah seluruh dunia akan di ishtiharkan puasa? Atau berdasarkan terbitnya anak bulan mengikut Negara masing-masing?

Pendapat Ulama’ Mazhab

Mazhab Syafie berpendapat bahawa, penentuan bulan puasa adalah mengikut tempat terbit anak bulan diantara negara-negara.

Dalil Mazhab Syafie

1) ((فمن شهد منكم الشهر فليصمه))

barangsiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah ia berpuasa)) maksud ayat” al-baqarah 185

Maksud SHAHIDA di dalam ayat di atas ialah lihat. Maka sesiapa yang melihat hendaklah berpuasa, dan bagi tempat yang tidak nampak, tidak perlu berpuasa.

2) Hadith Kuraib : Kuraib telah dutuskan kepada Muawiyah di Sham. Semasa membuat kerjanya di Sham, Kuraib dan seluruh muslim di Sham melihat anak bulan pada hari jumaat. Kemudian beliau pulang ke Madinah pada akhir Ramadhan. Ibn Abbas bertanya kepada kuraib, di Sham kamu berpuasa pada hari apa? Maka jawabnya pada hari jumaat. Ibn Abbas pula mengatakan bahawa di Madinah berpuasa pada hari Sabtu. Riwayah Muslim,Tarmizi, dan Nasaie.

3) Qias kepada perbezaan waktu solat di setiap Negara.

Jumhur Ulama’ ( Mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali) pula mengatakan jika seseorang melihat anak bulan, maka wajiblah semua umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Dalil Jumhur.

1) ((فمن شهد منكم الشهر فليصمه))

barangsiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah ia berpuasa)) maksud ayat” al-baqarah 185

Maksud SHAHIDA di dalam ayat adalah terbit bukannya melihat.

2) "Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
(Riwayah Bukhori dan Muslim)

Menurut hadith ini, bermula puasa dengan melihat anak bulan, maka sesiapa yang melihat anak bulan, seluruh muslim wajiblah berpuasa.

Realiti dan penyatuan

Pada tahun 2007, umat islam di seluruh dunia menyambut hari raya pada 4 hari yang berbeza-beza. Di Nigeria : 11 oktober(khamis), di kebanyakan negara Arab 12 oktober(jumaat), di Malaysia,indonesia dan singapura 13 oktober(sabtu) dan di Pakistan 14 oktober(ahad). Bagaimana ini boleh berlaku? 4 hari umat Islam menyambut hari raya di setiap Negara.

Kebanyakan ulama’ kontemporari seperti Wahbah Zuhali, Dr. Ali Zuqayli berpendapat tarikh puasa dan raya hendaklah sama di setiap Negara. Jika seseorang melihat anak bulan tidak kiralah di mana,maka semua umat islam perlulah berpuasa. Dengan kemudahan komunikasi dan perhubungan pada zaman sekarang, tidak akan berlaku lagi masalah seperti yang berlaku pada hadith Kuraib.

Dengan penyamaan tarikh raya dan puasa, ini boleh menunjukkan kesatuan ummat islam di seluruh dunia. Umat Islam boleh menyambut puasa dan raya pada hari yang sama di setiap Negara di seluruh dunia.

Sumber rujukan

  1. Fiqh Wa Adilatuhu, Wahbah Zuhayli
  2. Hidayah syarah Bidayah, AlMarghinani.

1 comment: