Tuesday 6 October 2009

Turkey dan bahasa


“They’ve been studying Arabic for seven years, but they can’t speak Arabic yet” Mohammed memerli kawan-kawannya.

“You’ve to go to Arabic country to learn Arabic language” balasku.

Mohammed berasal daripada Adhana, dan dia sekarang belajar di New Jersey. Semua kenalan saya setakat ini yang boleh berbahasa Arab dan English, mereka itu mesti pernah tinggal di Negara Arab ataupun di Amerika mahupun Britain.. Sedangkan Anas yang belajar bahasa arab 2 tahun di Syria mampu bercakap dengan fasih. Suasana amat penting bagi memupuk kemahiran berbahasa ini.

Saya sempat tidur selama 1 malam di Adhana. Bandar ini tidaklah begitu banyak dengan kesan sejarah. Tidak juga terkenal bagi pelancong. Namun begitu, Adhana adalah sebuah Bandar yang agak besar dan maju. Saya juga diberitahu, lapangan terbang yang terbesar di turkey terletak di Adhana.

Bahasa yang berubah-ubah

Darwis Putar yang terkenal di Konya

Setelah 5 jam perjalanan daripada Adhana, saya tiba di Konya. Sebuah Bandar yang terkenal dengan ‘Darwis Putar’ (Whirling Dervishes). Ahmet menjemputku di otogar. Sepanjang bersama Ahmet, saya hanya bercakap dengan Ahmet kerana keluarganya tidak boleh berbahasa arab dan English. Seperti berjumpa makhluk asing apabla mendengar mereka bercakap, tidak faham dan hanya berdiam diri.

Bahasa turkey ini adalah campuran Arab, Parsi dan France. Bahasa ini akan berubah pada setiap tahun. Sehinggakan, ayah dan anak apabila becakap tidak faham diantara satu sama lain.

The most important language

5 hari di Konya, saya memutuskan untuk pergi ke Istanbul. Ahmet mempunyai seorang kawan di sana. Kawannya akan menunggu saya di sana dan akan menolong saya. Tetapi, kawannya tidak boleh berbahasa arab mahupun English.

Macam mana saya mahu berkomunikasi dengannya. Ahmet mengajar serba sedikit asas bahasa Turkey.

Di dalam perjalanan ke Istanbul, saya mengenali seorang teaching staff di Universiti Istanbul. Dia dapat menutur di dalam bahasa arab dan English. Saya memberitahu kawan saya di Istanbul yang akan menunggu saya di Istanbul tidak dapat berbahasa English dan arab. Dia tergelak.

“Don’t worry, the most important language is body language”.

Saya pun tergelak bersamanya.

Monday 24 August 2009

Puasa tetapi tinggalkan solat


Bila sahaja tiba bulan Ramadhan, manusia berpusu-pusu ke masjid. Bila tiba Ramadhan, orang yang tidak pernah solat pun mendirikannya. Ada juga orang yang sanggup berpuasa, menahan lapar dan dahaga 14 jam, tetapi solat 7 minit tak sanggup.

Hukum meninggalkan solat

Muslim telah diwajibkan untuk mendirikan ibadat : menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan haji bagi sesiapa yang mampu. Bagi hokum meninggalkan solat, ulama’ telah membezakan diantara ingkar kewajipan solat dan meninggalkan solat dengan sebab malas. Ingkar kewajipan solat sememangnya jelas kekufurannya, manakala sesiapa yang meninggalkan solat dengan sebab malas, maka hukumnya Fasiq.

((بين العبد وبين الكفر ترك الصلاة))

beza diantara hamba(Allah) dan kafir adalah meninggalkan solat. (Hadis riwayah Muslim)

Adakah diterima puasa orang yang meninggalkan solat

Didalam kitab Fatawa Muasaroh Dr.Yusuf Qardawi, beliau berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas, diterima amalannya. Mereka itu masih ada iman dan islam selagi mana mempercayai Allah dan rasulnya. Mereka adalah orang yang lemah imannya. Allah tidak menyempitkan ganjaran kebaikan, bahkan disisi Allah ganjaran bagi setiap amalan.

(( فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨))

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikanseberat zarah,nescaya dia akan melihat balasannya(7) Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat balasannya(8) surah Az Zalzalah ayat 7-8.

Rujukan : Fatawa Muasaroh Dr. Yusuf Qardawii jilid 1

Friday 21 August 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan


"لا تكن صيامك مثل فطرك"

Jangan jadikan puasa kamu seperti hari berbuka kamu.

Usai solat 4 rakaat terawih, Sheikh arab memberikan sedikit tazkirah. Kebanyakan masjid di tanah arab, tazkirah pendek akan disampaikan selepas solat 4 rakaat terawih. Berbeza dengan Malaysia dimana imam akan membacakan doa.

Jangan jadikan bulan puasa seperti hari-hari biasa. Pada bulan puasa, pintu Syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para Syaitan dirantai. Bulan ini juga telah oleh Allah padanya satu malam seribu kali lebih baik daripada malam biasa, bulan yang dilipat kali gandakan pahala dan dosa.

“Jaga mata kamu, jaga lisan kamu, jangan jadikan puasa kamu sia-sia, menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak dapat mendapat apa-apa pun” sambung sheikh.

Puasa bukanlah bulan untuk berehat. Pada bulan puasa inilah kita sepatutnya lebih produktif. Jangan jadikan alasan puasa untuk mengelakkan kerja, tidur banyak, dan lemah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa. Bulan puasa adalah bulan produktif.

Sejarah telah membuktikan pada kita. Perang badar, pembukaan kota Mekkah berlaku pada bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut diantara tentera islam dan Tartar pada 25 ramadhan. Pembebasan Palestin juga berlaku pada bulan ramadhan. Ini membuktikan bahawa bulan puasa adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Hari Al-Quds

Jam digital di masjid Mirwid menunjukkan hari ini adalah 21.8.2009. Hari ini adalah hari Al- Quds sedunia. Disebabkan oleh peristiwa yang berlaku pada 21.8.1969,OIC atau Pertubuhan Persidangan Islam ditubuhkan. Pada hari itulah, Micheal Rohan membkar masjid Al-quds. Api marak dengan dahsyatnya seolah-olah masjid Al-Quds akan musnah ketika itu.

Saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar Law di Masjid Mirwid. Dia adalah seorang penduduk palestin yang belajar di Universiti Mu’tah. Keluarganya masih berada di Hebron. Dia berkata setelah menamatkan pelajaran dia disini barulah dia akan pulang.

“Saya ingin mengadakan program mengingati alquds, tetapi pihak Universiti melarang” katanya.

“ Saya juga pernah mengadakan satu persidangan Islam, tetapi pihak wafiddin(foreigner) memaksa menukar namanya kerana ada nama Islam” tambahku.

Tidak seperti di Malaysia, semuanya terbuka. Walaupun hanya 30km jarak Mu’tah dan palestin, namun kami terhalang untuk melakukan apa gerak kerja tentang Palestin dan Islam.

Pelbagai maklumat yang saya dapat daripadanya. saya bertanyakan tentang dinding apherteid yang dibina Yahudi. Dinding itu bermula daripada Bandar Qalqaliah utara palestin hinggalah ke Hebron dan telah mengililingi Masjid Al-Quds. MasyaAllah!

Saya doakan penduduk Palestin pada hari ini dapat berpuasa dengan baik. InsyaAllah, Islam akan kembali.

Terima kasih juga kepada Imam Fatah Malaziyyun yang menimamkan kami di masjid Mirwid itu. Alunan suara yang merdu meningatkanku Malaysia. Kepada Azmir dan Mat Din, jom pergi lagi ke Mirwid. Dapat lagi 10jd seorang.hihihi. Tidak lupa juga kepada Faiz, happy birthday!

Thursday 20 August 2009

Tarikh puasa dan raya di seluruh dunia berbeza-beza

Waktu di Malaysia adalah lebih cepat 5 jam dari Jordan? Mengapa puasa dan hari raya, Jordan selalunya mendahului Malaysia?

Jika seseorang melihat anak bulan ramadhan di Negara Jordan, adakah seluruh dunia akan di ishtiharkan puasa? Atau berdasarkan terbitnya anak bulan mengikut Negara masing-masing?

Pendapat Ulama’ Mazhab

Mazhab Syafie berpendapat bahawa, penentuan bulan puasa adalah mengikut tempat terbit anak bulan diantara negara-negara.

Dalil Mazhab Syafie

1) ((فمن شهد منكم الشهر فليصمه))

barangsiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah ia berpuasa)) maksud ayat” al-baqarah 185

Maksud SHAHIDA di dalam ayat di atas ialah lihat. Maka sesiapa yang melihat hendaklah berpuasa, dan bagi tempat yang tidak nampak, tidak perlu berpuasa.

2) Hadith Kuraib : Kuraib telah dutuskan kepada Muawiyah di Sham. Semasa membuat kerjanya di Sham, Kuraib dan seluruh muslim di Sham melihat anak bulan pada hari jumaat. Kemudian beliau pulang ke Madinah pada akhir Ramadhan. Ibn Abbas bertanya kepada kuraib, di Sham kamu berpuasa pada hari apa? Maka jawabnya pada hari jumaat. Ibn Abbas pula mengatakan bahawa di Madinah berpuasa pada hari Sabtu. Riwayah Muslim,Tarmizi, dan Nasaie.

3) Qias kepada perbezaan waktu solat di setiap Negara.

Jumhur Ulama’ ( Mazhab Hanafi, Maliki, dan Hanbali) pula mengatakan jika seseorang melihat anak bulan, maka wajiblah semua umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Dalil Jumhur.

1) ((فمن شهد منكم الشهر فليصمه))

barangsiapa yang melihat anak bulan, maka hendaklah ia berpuasa)) maksud ayat” al-baqarah 185

Maksud SHAHIDA di dalam ayat adalah terbit bukannya melihat.

2) "Puasalah kamu kerana melihatnya ( anak bulan ), berbukalah kerana melihatnya. Sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya, maka sempurnakanlah bilangan Sya'ban selama 30 hari"
(Riwayah Bukhori dan Muslim)

Menurut hadith ini, bermula puasa dengan melihat anak bulan, maka sesiapa yang melihat anak bulan, seluruh muslim wajiblah berpuasa.

Realiti dan penyatuan

Pada tahun 2007, umat islam di seluruh dunia menyambut hari raya pada 4 hari yang berbeza-beza. Di Nigeria : 11 oktober(khamis), di kebanyakan negara Arab 12 oktober(jumaat), di Malaysia,indonesia dan singapura 13 oktober(sabtu) dan di Pakistan 14 oktober(ahad). Bagaimana ini boleh berlaku? 4 hari umat Islam menyambut hari raya di setiap Negara.

Kebanyakan ulama’ kontemporari seperti Wahbah Zuhali, Dr. Ali Zuqayli berpendapat tarikh puasa dan raya hendaklah sama di setiap Negara. Jika seseorang melihat anak bulan tidak kiralah di mana,maka semua umat islam perlulah berpuasa. Dengan kemudahan komunikasi dan perhubungan pada zaman sekarang, tidak akan berlaku lagi masalah seperti yang berlaku pada hadith Kuraib.

Dengan penyamaan tarikh raya dan puasa, ini boleh menunjukkan kesatuan ummat islam di seluruh dunia. Umat Islam boleh menyambut puasa dan raya pada hari yang sama di setiap Negara di seluruh dunia.

Sumber rujukan

  1. Fiqh Wa Adilatuhu, Wahbah Zuhayli
  2. Hidayah syarah Bidayah, AlMarghinani.

saya budak baru belajar

“Saya ingin masuk ke bidang penulisan, dan ingin meningkatkan kemahiran bercakap”

Kenapa saya mahu memasuki bidang penulisan?

1) Ruang untuk berdakwah terutamanya untuk keluarga saya sendiri, dan seterusnya masyarakat setempat.

2) Memperkenalkan Islam dengan apa yang saya pelajari Ilmu Syariah di Universiti Mu’tah.

3) Dengan menulis saya sendiri akan lebih banyak membaca dan selalu membuat rujukan.

Dengan penulisan, ulama’-ulama’ terdahulu dikenali. Dengan kitab juga, ulama’ kontemporari dirujuki. Berbanding ulama’ yang tidak menulis, beliau hanya akan terkenal dikalangan masyarakatnya sahaja.

“Best student”

Gelaran best student dan si genius di kalangan mahasiswa mu’tah menyebabkan saya sedikit tertekan. Tertekan kerana tidak layak dengan gelaran itu dan terpaksa menunjukkan yang terbaik. Saya merasakan, saya tidak akan lagi berjaya jika tidak lagi menguasai bidang penulisan dan kemahiran bercakap didepan khlayak ramai.

Artikel di dalam blog ini akan berbentuk bebas tetapi akan lebih tertumpu kepada subjek-subjek saya di Universiti. Saya budak baru belajar, jadi kepada sesiapa sahaja bolehlah memberikan sebarang cadangan dan komentar yang membina untuk saya.