
Bila sahaja tiba bulan Ramadhan, manusia berpusu-pusu ke masjid. Bila tiba Ramadhan, orang yang tidak pernah solat pun mendirikannya.
Hukum meninggalkan solat
Muslim telah diwajibkan untuk mendirikan ibadat : menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan, dan haji bagi sesiapa yang mampu. Bagi hokum meninggalkan solat, ulama’ telah membezakan diantara ingkar kewajipan solat dan meninggalkan solat dengan sebab malas. Ingkar kewajipan solat sememangnya jelas kekufurannya, manakala sesiapa yang meninggalkan solat dengan sebab malas, maka hukumnya Fasiq.
((بين العبد وبين الكفر ترك الصلاة))
beza diantara hamba(Allah) dan kafir adalah meninggalkan solat. (Hadis riwayah Muslim)
Adakah diterima puasa orang yang meninggalkan solat
Didalam kitab Fatawa Muasaroh Dr.Yusuf Qardawi, beliau berpendapat bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sebab malas, diterima amalannya. Mereka itu masih ada iman dan islam selagi mana mempercayai Allah dan rasulnya. Mereka adalah orang yang lemah imannya. Allah tidak menyempitkan ganjaran kebaikan, bahkan disisi Allah ganjaran bagi setiap amalan.
(( فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨))
Barangsiapa yang mengerjakan kebaikanseberat zarah,nescaya dia akan melihat balasannya(7) Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, niscaya dia akan melihat balasannya(8) surah Az Zalzalah ayat 7-8.
Rujukan :
eyp,
ReplyDeletey0k checklist kembali amalan-amalan kite pada bulan ramadhan ini ;)
jgn lepaskan peluang keemasan ini!kan?
Ingatlah sabda Rasulullah SAW : "Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga"