Thursday 20 August 2009

saya budak baru belajar

“Saya ingin masuk ke bidang penulisan, dan ingin meningkatkan kemahiran bercakap”

Kenapa saya mahu memasuki bidang penulisan?

1) Ruang untuk berdakwah terutamanya untuk keluarga saya sendiri, dan seterusnya masyarakat setempat.

2) Memperkenalkan Islam dengan apa yang saya pelajari Ilmu Syariah di Universiti Mu’tah.

3) Dengan menulis saya sendiri akan lebih banyak membaca dan selalu membuat rujukan.

Dengan penulisan, ulama’-ulama’ terdahulu dikenali. Dengan kitab juga, ulama’ kontemporari dirujuki. Berbanding ulama’ yang tidak menulis, beliau hanya akan terkenal dikalangan masyarakatnya sahaja.

“Best student”

Gelaran best student dan si genius di kalangan mahasiswa mu’tah menyebabkan saya sedikit tertekan. Tertekan kerana tidak layak dengan gelaran itu dan terpaksa menunjukkan yang terbaik. Saya merasakan, saya tidak akan lagi berjaya jika tidak lagi menguasai bidang penulisan dan kemahiran bercakap didepan khlayak ramai.

Artikel di dalam blog ini akan berbentuk bebas tetapi akan lebih tertumpu kepada subjek-subjek saya di Universiti. Saya budak baru belajar, jadi kepada sesiapa sahaja bolehlah memberikan sebarang cadangan dan komentar yang membina untuk saya.

5 comments:

  1. tahniah kepada timbalan pres 1 PERMATA dan ketua biro BPMA MPPM. Semoga berjaya. Dalam menulis anda ada 2 pilihan; Menulis tanpa realiti dan menulis dengan realiti. Jika menulis tentang realiti nantikan la cabarannya.. Apa pun, I'm proud with you

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas nasihat. saya pun masih takut nak menulis realiti ni.harap bagi sokongan dan tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  3. just be urself in whatever situation:)
    even in ur writing..

    keep it up !

    ReplyDelete
  4. penulis yang lebih banyak menulis dari membaca adalah penulis yang bankrup [hamka]

    mulakan dengan 'iqra'.. baca.. baca dan baca..
    membaca itu kunci menulis,
    dengan menulis anda akan membaca..
    perlahan-lahan menyelam ke lautan penulisan..
    anda akan melihat lukisan keindahannya
    apa yang dari hati akan turun ke hati..

    tahniah satu langkah ke hadapan. semoga berjaya!

    ReplyDelete