Friday 21 August 2009

Ahlan wasahlan ya Ramadhan


"لا تكن صيامك مثل فطرك"

Jangan jadikan puasa kamu seperti hari berbuka kamu.

Usai solat 4 rakaat terawih, Sheikh arab memberikan sedikit tazkirah. Kebanyakan masjid di tanah arab, tazkirah pendek akan disampaikan selepas solat 4 rakaat terawih. Berbeza dengan Malaysia dimana imam akan membacakan doa.

Jangan jadikan bulan puasa seperti hari-hari biasa. Pada bulan puasa, pintu Syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan para Syaitan dirantai. Bulan ini juga telah oleh Allah padanya satu malam seribu kali lebih baik daripada malam biasa, bulan yang dilipat kali gandakan pahala dan dosa.

“Jaga mata kamu, jaga lisan kamu, jangan jadikan puasa kamu sia-sia, menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak dapat mendapat apa-apa pun” sambung sheikh.

Puasa bukanlah bulan untuk berehat. Pada bulan puasa inilah kita sepatutnya lebih produktif. Jangan jadikan alasan puasa untuk mengelakkan kerja, tidur banyak, dan lemah tidak bermaya untuk melakukan apa-apa. Bulan puasa adalah bulan produktif.

Sejarah telah membuktikan pada kita. Perang badar, pembukaan kota Mekkah berlaku pada bulan Ramadhan. Peperangan Ain Jalut diantara tentera islam dan Tartar pada 25 ramadhan. Pembebasan Palestin juga berlaku pada bulan ramadhan. Ini membuktikan bahawa bulan puasa adalah bulan yang hebat bagi umat Islam.

Hari Al-Quds

Jam digital di masjid Mirwid menunjukkan hari ini adalah 21.8.2009. Hari ini adalah hari Al- Quds sedunia. Disebabkan oleh peristiwa yang berlaku pada 21.8.1969,OIC atau Pertubuhan Persidangan Islam ditubuhkan. Pada hari itulah, Micheal Rohan membkar masjid Al-quds. Api marak dengan dahsyatnya seolah-olah masjid Al-Quds akan musnah ketika itu.

Saya sempat berkenalan dengan seorang pelajar Law di Masjid Mirwid. Dia adalah seorang penduduk palestin yang belajar di Universiti Mu’tah. Keluarganya masih berada di Hebron. Dia berkata setelah menamatkan pelajaran dia disini barulah dia akan pulang.

“Saya ingin mengadakan program mengingati alquds, tetapi pihak Universiti melarang” katanya.

“ Saya juga pernah mengadakan satu persidangan Islam, tetapi pihak wafiddin(foreigner) memaksa menukar namanya kerana ada nama Islam” tambahku.

Tidak seperti di Malaysia, semuanya terbuka. Walaupun hanya 30km jarak Mu’tah dan palestin, namun kami terhalang untuk melakukan apa gerak kerja tentang Palestin dan Islam.

Pelbagai maklumat yang saya dapat daripadanya. saya bertanyakan tentang dinding apherteid yang dibina Yahudi. Dinding itu bermula daripada Bandar Qalqaliah utara palestin hinggalah ke Hebron dan telah mengililingi Masjid Al-Quds. MasyaAllah!

Saya doakan penduduk Palestin pada hari ini dapat berpuasa dengan baik. InsyaAllah, Islam akan kembali.

Terima kasih juga kepada Imam Fatah Malaziyyun yang menimamkan kami di masjid Mirwid itu. Alunan suara yang merdu meningatkanku Malaysia. Kepada Azmir dan Mat Din, jom pergi lagi ke Mirwid. Dapat lagi 10jd seorang.hihihi. Tidak lupa juga kepada Faiz, happy birthday!

1 comment:

  1. betul betul betul :)

    sememangnya jgn kite kadikan alasan BERPUASE ini membantutkan pergerakan 'kerje2' kite pada bulan ramadhan..bahkan waktu inilah kite melatih diri kite agar lebih bersabar dan tabah dalam melakukan sesuatu..semoga kite sentiase thabat di jalanNya..ameen..insyaAllah..

    p/s:manfaatkanla ramadhan kali ini kerana belum tentu kite berpeluang untuk menemuinya pada masa akan datang[renung2kanlah :)]..

    ReplyDelete